Bukan aku tak pernah menderita
tetapi semuanya aku simpan
bukan aku tak pernah kecewa
tetapi semuanya aku pendam
bukan juga aku tak pernah terseksa
tetapi semuanya aku telan
bukan aku tak pernah terluka
tetapi semuanya aku kapan.
Kerana apa…
Deritaku, kerana jiwa yang suka mencabar rasa
kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia
seksaku, ekoran lidah yang tidak bijak melontar kata
lukaku, natijah akal yang kurang waras mentafsir deria.
Maka doa aku jadikan sandaran
agar jiwa boleh terisi
menjadikan hati mampu bersaksi
lalu lidah jadi terpuji
lantas akal bisa berfungsi.